Muhammad Ali merupakan legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat. Beliau dianggap antara peninju ‘heavyweights’ terhebat dalam sejarah sukan ini. Lahir dengan nama Cassius Marcellus Clay, beliau dikenali sebagai ‘The Greatest’ atau ‘Paling Hebat.’ Nama berkenaan dipilih sebagai mengingati kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19. Beliau kemudian menukar namanya pada tahun 1964. Sepanjang kariernya, Muhammad Ali dianggarkan menerima 29 ribu kali tumbukan lawannya. Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Muhammad Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky pada 17 Januari 1942. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal dalam kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya. Di kemuncak kerjayanya, Muhammad Ali dikatakan antara manusia paling terkenal di dunia. Bakat luar biasanya amat sesuai dengan rasa gah dan sombongnya yang melangit ketika mencabar lawan di gelanggang. “Saya paling hebat!” itulah ungkapan yang selalu lahir dari mulutnya. Beliau terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah. Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974). Muhammad Ali berjaya melakukan transformasi ke atas negara ini dan meninggalkan impak besar dengan semangatnya. Kini, legasi beliau terlakar dalam sejarah dunia.
2. WABAK RABIES
Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan wabak rabies atau penyakit anjing gila yang telah melanda negeri Sarawak. Serangan virus ini akan menyebabkan keradangan otak pada manusia dan mamalia lain. Kita sudah semestinya ingin mengetahui apakah rawatan untuk rabies serta langkah-langkah pencegahan daripada dijangkiti virus merbahaya ini.
Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah mendengar mengenai penyakit tersebut sebelum ini, namun kini adalah masa yang sesuai untuk kita mengetahui lebih lanjut mengenainya. Meskipun Kementerian Kesihatan sedang giat menjalankan usaha mengekang penularan virus rabies, namun
orang ramai tidak seharusnya memandang remeh mengenai wabak anjing gila.
Buku WABAK RABIES memberi informasi tentang bahaya virus ini, punca-punca jangkitan,rawatan serta pencegahannya. Buku ini amat menarik kerana disertakan gambar foto berwarna bagi menambah lagi pemahaman para pelajar. Ia juga dilengkapi latihan pemahaman bagi menguji minda. Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua.
3. PENYAKIT KENCING TIKUS
Sejak kebelakangan ini, penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis semakin menular di negara kita. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.
Penyakit kencing tikus menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira golongan usia. Ia merupakan pembunuh senyap yang mana pada tahap paling kronik, ia mampu membuatkan kegagalan fungsi pada beberapa organ penting tubuh seperti ginjal dan hati. Rawatan penyakit kencing tikus haruslah diberi segera untuk mengelakkan ia melarat. Paling teruk, penyakit kencing tikus boleh membawa maut.
4. HIMPUNAN KATA MOTIVASI PELAJAR
Justeru, buku AWAS! LEPTOSPIROSIS PENYAKIT KENCING TIKUS diterbitkan bagi memberi informasi lebih jelas tentang bahaya penyakit ini serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah diri kita daripada dijangkiti. Buku ringkas ini dilengkapi kosa kata serta latihan bagi menguji pemhaman para pelajar.
4. HIMPUNAN KATA MOTIVASI PELAJAR
Kata-kata motivasi amat berpengaruh dalam kehidupan kita, misalnya dengan mendapatkan kata-kata motivasi bijak sudah tentu hati kita akan lebih tersentuh dan lebih bersemangat agar menjadi lebih baik lagi. Kata-kata motivasi bukan hanya digunakan untuk memberikan semangat tetapi juga berguna untuk membuka pola pemikiran kita agar lebih maju dan rasional. Semoga buku HIMPUNAN KATA MOTIVASI PELAJAR menjadi inspirasi serta dapat menyuntik semangat baru dalam menjalani kehidupan para pelajar.
No comments:
Post a Comment