Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia. Kebanyakan adalah penduduk setempat yang telah menghuni wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo bahagian barat laut. Definisi Melayu adalah sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat istiadat Melayu. Semenjak merdeka orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini. Hari ini, orang Melayu membentuk 65 peratus penduduk Malaysia.Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Buku MARTABAT BANGSA MELAYU mengkaji latar belakang bangsa Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu sejak dahulu yang telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi. Buku ini dilengkapi foto berwarna serta sisipan info bagi menguatkan lagi pemahaman para pelajar. Ia juga dilengkapi latihan dan glosari.
2. CEGAH VIRUS ZIKA
CEGAH VIRUS ZIKA adalah sebuah buku yang memberi informasi tentang bahaya jangkitan Virus Zika. Ramai yang ingin tahu apa itu virus Zika? Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sebenarnya sudah dijangkiti virus Zika, namun cukup sekadar menelan panadol untuk beberapa hari. atau ke klinik kesihatan dan dirawat sebagai demam biasa sahaja.
Virus Zika telah menular di Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekiratan dengan kerap supaya tempat pembiakan Aedes dapat dihapuskan. Buku ini memberi informasi tentang gejala dijangkiti virus Zika, kesan serta rawatan dan pencegahan. Ia juga disertakan foto berwarna bagi memudahkan lagi pemahaman para pembaca. Semoga buku ini dapat membantu kita mencegah jangkitan Virus Zika.
3. TAN SRI ADENAN SATEM
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, atau lebih dikenali sebagai Tok Nan seorang pemimpin yang tegas dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak. Beliau adalah tokoh yang menjiwai semangat 1Malaysia, seorang pemimpin yang mampu menyatukan rakyat berbilang kaum di bawah satu bumbung dan tidak pernah menepikan kepentingan mana-mana kaum.
Tan Sri Adenan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang tidak kenal erti penat lelah dalam memperjuangkan nasib rakyat Sarawak. Beliau telah meletakkan kepentingan rakyat melebihi
kepentingan diri sendiri. Banyak transformasi yang telah dilaksanakan oleh beliau sepanjang menjadi Ketua Menteri yang membuatkan rakyat lebih sayang dan yakin ke atas kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.
Jasa Tan Sri Adenan sangat besar dan akan termaktub dalam buku-buku sejarah untuk dikenang oleh semua, terutama rakyat Sarawak. Sesungguhnya kita semua telah kehilangan seorang pemimpin berwibawa yang memilih untuk berkhidmat untuk parti dan rakyat sehingga nafas terakhir beliau. Pemergian Tan Sri Adenan dalam kalangan masyarakat tempatan pastinya merupakan kehilangan besar bagi Sarawak khususnya dan Malaysia.
Semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tan Sri Adenan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment