Pendidikan : Methodist English School (1989 - 1999)
Universiti Teknologi Mara (UiTM-2005)
Jawatan : Senior Editor/Author
Syarikat : Media Ink Publishing (2009 – sekarang)
Pengalaman : 10 tahun dalam dunia penulisan dan penerbitan
Karya : 153 judul buku (2009 - 2019)
1. Buku Ilmiah dan Pengetahuan Am
2. Buku Motivasi
3. Buku Panduan Pembelajaran
4. Sains/Sejarah/Geografi
5. Ensiklopedia Am
6. Buku cerita kanak-kanak
7. Novel remaja
8. Majalah Islamic (FITRAH)
(Koleksi buku di http://www.opac.pnm.gov.my azlina awang)
Menyiapkan buku tokoh, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. |
Koleksi karya dan bahan bacaan. |
Novel pertama, Sekeras Kerikil Hatimu. |
Malaysia... Di sini Lahirnya Sebuah Cinta - Buku tentang Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 Tahun. |
Tahun 1986, Ayer Tawar Perak. |
Antara bahan bacaan yang paling saya suka ialah tentang pengembaraan. Saya suka belajar tentang budaya dari negara luar, ada yang unik, ada yang negatif dan ada yang positif. Bagi saya, sebelum kita mengembara ke negara orang, kita perlu mengetahui serba sedikit tentang budaya dan gaya hidup masyarakat di negara tersebut bagi menjaga sensitiviti mereka. Contohnya, jika kita berkunjung ke Australia, tawar menawar harga barang yang dijual tidak dibenarkan. Mereka menganggap perbuatan itu satu penghinaan. Berlainan dengan negara kita perkara tersebut biasa saja. Jadi, apabila kita berkunjung ke Australia, kita tidak akan melakukan tawar menawar harga.
Seperti juga di Jepun, orang Jepun tidak suka membuat bising kerana dianggap akan menganggu orang di persekitaran. Mereka dengan aktviti sendiri seperti membaca buku, bermain game, melihat handphone dan sebagainya. Jadi, jika berkunjung ke Jepun, kita tidak akan membuat bising, saling hormat menghormati antara satu sama lain. Begitu juga, di rumah-rumah, perkampungan, mereka tidak membenarkan kita mengambil gambar rumah mereka, harta benda atau gambar anak-anak mereka kerana ini dianggap telah menceroboh hak privacy mereka, melainkan dengan izin. Jika kita di negara orang, penting untuk menjaga adab dan jaga diri sendiri.
Koleksi buku-buku pengembaraan. |
Buku tentang pengembaraan ke UK, tips, panduan dan budaya. |
Buku tentang pengembaraan ke Jepun, tips, panduan dan budaya. |
PENDIAM
Saya agak pendiam, tidak banyak bercakap namun saya banyak memerhati dan menulis. Apa yang ada dalam benak fikiran, saya lebih suka meluahkannya melalui penulisan. Saya teringat suatu masa dahulu semasa kecil, saya jarang memberitahu apa yang saya mahu sebaliknya saya suka merajuk, sembunyi atau menangis jika tidak dapat sesuatu atau ada yang tidak kena. Bunyinya agak aneh dan perkara ini sudah tentu menyusahkan semua orang disekeliling saya.
Kini, terdapat lebih 150 buah hasil penulisan saya yang diterbitkan untuk Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Komuniti dan juga perpustakaan sekolah. (boleh semak di http://www.opac.pnm.gov.my). Membaca buku setiap hari adalah kesukaan saya. Saya suka kepada ilmu pengetahuan. Dengan cara ini, minda kita akan terbuka luas dan terdapat banyak perkara yang kita tahu. Jika kita tidak membacanya, tidak akan ada orang yang akan datang beritahu kepada kita, bukan? Namun, saya bukan penggemar novel. Saya tidak pernah membaca novel. Sehingga kini, akan ada satu dua buah buku di dalam beg atau kereta yang saya bawa ke mana-mana. Sesuai dengan tugas sebagai editor saya perlu ada ilmu pengetahuan yang sangat luas tentang segalanya.
PEMAAF
Saya suka memohon maaf, dari sekecil-kecil salah hinggalah kesalahan besar. Dalam hidup ini, saya memaafkan semua orang. Bagi saya, memohon maaf tidak menjadikan kita rendah atau hina sebaliknya akan menjadikan hidup kita lebih tenang, dan bahagia. Tidak kiralah siapapun kita, orang besar, orang berpangkat atau menjadi majikan sekalipun tidak bermakna kita tidak ada salah dengan orang bawahan. Hidup ini kita bukan hendak tongkat langit. Satu hari nanti, kita akan pergi menemui Pencipta kita, iaitu Allah SWT. Ketika itu, taraf kita sama sahaja di sisi-Nya.
KELUARGA CAMPURAN PANTAI TIMUR DAN UTARA
Saya dilahirkan di Ayer Tawar, Perak, dibesarkan di Perak dan Pulau Pinang. Ibu bapa saya berasal dari Pantai Timur, iaitu Terengganu (Besut sempadan Kelantan). Oleh kerana merantau mencari rezeki, ibu bapa saya telah berhijrah ke Ayer Tawar, Perak sejak tahun 1960. Dalam keluarga, kami bertutur loghat utara dan pantai timur. Bunyinya agak lucu, tetapi inilah realiti. Namun, gabungan dua loghat (atau banyak) adalah satu kepuasan selain ia memberi banyak manafaat. Semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai negeri. Hal ini sedikit pun tidak memberi masalah kepada saya dalam berkomunikasi, malah ia dilihat sebagai istimewa. Saya dapat menguasai loghat pantai timur dan loghat utara 100%. Ada rakan bertanya, sebenarnya saya ini berasal dari mana? Orang mana? Sekejap bertutur loghat utara, sekejap bertutur loghat pantai timur. Saya jawab 'Entah!'
SETIA DAN KOMITED DALAM PEKERJAAN
Saya seorang yang setia dan komited dalam pekerjaan. Dalam dunia penerbitan buku, tugas sebagai editor cukup kompleks. Editor bertanggungjawab menilai sama ada sesuatu manuskrip itu layak untuk diterbitkan atau tidak. Jika layak, manuskrip tersebut akan disunting sehingga ia sedap dibaca orang pembaca. Gaya, lenggok bahasa, tatabahasa haruslah sedap dibaca. Seorang editor harus memiliki ketelitian dan kesabaran yang tinggi dalam menyiapkan tugasnya. Bukan sahaja menyunting, editor harus pandai menulis. Dalam pekerjaan, piawaian editor dalam menulis akan berguna untuk melengkapi isi buku dengan menambahkan ringkasan atau sinopsis buku dan biografi singkat penulis.
Kemudian, seorang editor juga harus suka membaca dan mempunyai pengetahuan yang amat luas. Hal ini bagi membolehkan editor menilai tepat atau tidak tepat sesuatu isi kandungan manuskrip yang ditulis oleh seorang penulis. Selain itu, penggunaan ejaan serta tatabahasa yang betul amat penting. Editor dengan kamus adalah seperti sahabat akrab. Saya perlu menghafal pelbagai kata dan tata cara penulisan yang tepat. Jika tidak faham dengan sesuatu kosa kata, saya boleh memeriksa maknanya melalui kamus.
Saya amat gembira dengan dunia pekerjaan saya. Bukan itu sahaja, saya juga suka belajar perkara baru. Contohnya, saya melihat bagaimana seorang pereka grafik menyiapkan tugas mereka dengan menggabungkan unsur kesenian dan juga teknologi dalam menghasilkan visual yang mampu berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu mesej. Dari situ, saya belajar kesemuanya, sehingga saya mampu membuat layout buku sendiri dan kulit buku dengan menggunakan perisian Photoshop dan Indesign CS5.
BERDIKARI
Saya suka melakukan perkara dengan sendiri. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar. Saya jarang meminta pertolongan kerana saya bimbang akan menyusahkan orang lain. Begitu juga jika bermasalah, saya akan cuba selesaikan sendirian. Saya percaya dalam hidup ini semua orang menghadapi masalah. Cuma bagaimana cara kita mengatasinya bergantung kepada diri kita sendiri.
GEMAR MENGEMBARA
Victoria Harbour, Hong Kong - Mei 2015. |
Star cruise - Victoria Harbour, Hong Kong - Mei 2015 |
Hong Kong Disneyland - Mei 2015 |
Hong Kong Disneyland - Mei 2015 |
The Peak, Hong Kong - Mei 2015. |
Ao Nang Beach, Krabi Thailand - March 2015. |
James Bond Island, Thailand - March 2015. |
Gunung Tangkuban Parahu, Indonesia - April 2016. |
Taman Wisata Grafika Cikole Lembang - April 2016. |
Rumah Hobit di Grafika Cikole - April 2016. |
Kawah Putih Ciwidey - April 2016. |
Floating Market, Bandung - April 2016. |
SANGAT SAYANG KUCING
Omey, kucing kesayangan saya sudah berusia enam tahun. |
No comments:
Post a Comment