Wednesday, December 5, 2018

DISEMBER BULAN HITAM

DISEMBER BULAN HITAM

Saya benar-benar tidak menyukai Disember. Ia bulan hitam dalam keluarga saya. Bulan yang merubah segalanya dalam keluarga besar saya. Mama pergi tanpa sebarang pesan. Sebarang persediaan. Langsung tidak ada. Ya, mana ada orang mati buat persediaan. Mana tahu nak mati bila. Kecuali orang mati ditali gantung. 3 Disember 1994, mama pergi meninggalkan kami adik-beradik terkapai-kapai. Seperti orang jatuh di lautan, tetapi masih ada ‘life jacket’ ketika itu. Adik bongsu baru berusia 5 tahun. Mengikut akal fikiran manusia biasa seperti saya, dia merupakan manusia paling malang dalam hidup ini. Itu mengikut fikiran akal manusia biasa. Kerana apa? Kerana dia belum tahu apa-apa pun tentang dunia. Dia belum mengerti apa itu meninggal dunia.Dia fikir mama tidur dan asyik memeluk mainan teddy bear coklatnya. Namun, sebenarnya dialah manusia paling bertuah. Ada sebab mengapa Allah ambil mama lebih awal. Di dalamnya penuh hikmah. Adik masih kecil dan dia tidak ada dosa sikit pun dengan mama. Apa yang menyedihkan, yang menjadikan saya trauma sehingga saat ini ialah cara kematian mama sungguh tragis. Saya masih ingat setiap saat rentetan kejadian. Allah cuma pinjamkan mama kepada saya hanya 12 tahun sahaja. Baru mengenal erti hidup, Allah ambil balik. Malam sebelum kejadian malang itu, saya tidur dengan mama depan tv, ketika menonton Teater Klasik P. Ramlee. Saya peluk mama dari belakang sambil tunggu mama kukus kuih kaswi. Adik golek-golek depan mama dengan teddy bear kusam. Itu yang terakhir! Tiada lagi selepas itu, seterusnya dan selama-lamanya.

Tahun ini 2018, genap 24 tahun mama bersemadi di negeri abadi. Sesungguhnya tiada apa yang kekal bersama kita. Semuanya milik Allah SWT. Suatu hari, kita semua akan pergi menghadapnya. Daripada DIA kita datang, kepada DIA jugalah kita kembali. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mama dan abah dan tempatkan mereka dalam kalangan para beriman. Gambar kecil di bawah ialah adik perempuan kesayangan saya, yang telah berusia 27 tahun. Kini dia seorang Engineer yang bertugas di sebuah kilang Jepun.

Syuhada Awang, adik kesayangan yang banyak
membantu dikala saya dalam kesusahan.


DUA PERKATAAN DALAM HIDUP SAYA

MAAF DAN TERIMA KASIH

Dalam hidup ini, perkataan paling sukar diucapkan oleh manusia cuma dua, ‘Minta maaf dan Terima kasih’. Tetapi tidak bagi saya. Dalam hidup saya, hampir setiap hari saya mengucapkan maaf dan terima kasih, kepada pelanggan, keluarga, rakan-rakan dan juga pekerja saya. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita hidup bergantung kepada orang lain. Tidak kira siapa kita, bos besar, majikan, ketua jabatan, pekerja dan sebagainya.  Kadang kala juga kita tidak sedar bahawa kita telah melukai hati  orang lain, sama ada melalui lisan ataupun perbuatan. Allah jadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian. Majikan amat memerlukan pekerja. Orang sakit memerlukan doktor untuk merawat, memerlukan orang lain untuk memberi semangat agar cepat sembuh. Kita tidak boleh lari dari orang lain. Oleh itu, hubungan baik sesama insan haruslah dijaga sehingga ke akhir hayat. Ketika melakukan kesalahan, saya segera mengakuinya dan meminta jutaan maaf agar kesalahan saya dimaafkan. Kadang kala, perbuatan kita tanpa niat telah menyinggung perasaan orang lain, tetapi tidak diberitahu kita. Jadi, sehingga ke hari ini kita tidak tahu bahawa kesalahan itu tidak dimaafkan. Kepada yang mengenali diri ini, saya memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki andai ada perbuatan atau perkataan saya yang menyinggung perasaan anda. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang berjasa sepanjang hayat saya.

Wednesday, November 7, 2018

KARYA TAHUN 2019

TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
TUN MAHATHIR Melakar Sejarah / AZLINA AWANG.
ISBN 978-967-0366-57-9
1. Mahathir Mohamad, Tun, 1925-.
2. Prime ministers--Malaysia.
3. Politicians--Malaysia.
4. Malaysia--Politic and government.
I. Judul
959.5054
Ketika Tun menjadi Perdana Menteri, saya belum dilahirkan. Namun, Tun adalah idola saya dari kecil sehingga sekarang. Banyak perkara yang saya suka baca tentang kepimpinan beliau. Saya menyimpan pelbagai koleksi buku tentang Tun dan isteri. TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH adalah buku kedua saya tentang kepimpinan insan terulung ini.

Beliau tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar dan berani. Dalam meniti usia senja sebegini, beliau ketepikan masa rehatnya demi untuk meneraju negara  Malaysia. Auranya cukup bergema ke seluruh pelusuk tanah air sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekalipun kalah dalam pilihan raya sejak 60 tahun yang lalu. Nama beliau terpahat dalam lipatan sejarah tanah air kerana dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri Malaysia mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Malah, beliau melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia. Kejayaan beliau kembali memimpin negara juga bersejarah apabila menggantikan parti Barisan Nasional yang memerintah sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Jika ada kesempatan, banyak lagi yang ingin saya tulis tentang Tun, sebagai bahan terbitan dan bacaan umum. Tun pemimpin serba boleh… mungkin hanya satu dalam sejuta. Tun adalah doktor, arkitek, jurutera, artis, pakar niaga dan pemidato. Tun juga adalah guru, pemikir, perancang dan pelaksana. Tun adalah ayah dan sahabat… paling penting, Tun adalah NEGARAWAN TERULUNG yang dilahirkan di bumi bertuah ini. Terima kasih Tun, di atas segala jasa dan pengorbananmu.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga dengan kesihatan yang baik.


PIMPINAN 6 PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN


Perpustakaan Negara Malaysia   Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
PIMPINAN 6 PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN / AZLINA AWANG.
ISBN 978-967-0366-58-6
1. Prime ministers--Malaysia
2. Malaysia--Politics and government.
I. Judul.
959.5
Teori RAHMAN, ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn,  Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah dunia kerana beliau dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Malaysia diterajui oleh enam orang Perdana Menteri yang hebat. Kehebatan tokoh-tokoh ternama ini wajar diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan sebagai bahan penting rujukan di samping sebagai tanda penghargaan atas jasa-jasa mereka.

Buku PIMPINAN 6 PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN memaparkan aspek kerjaya politik, keluarga, latar belakang pendidikan serta sumbangan tokoh-tokoh ini dalam mentadbir negara. Mereka telah mencurahkan khidmat bakti yang begitu besar kepada negara sehingga membolehkan negara menikmati keamanan dan kejayaan sekarang. Sebagai mengenang jasa mereka, Buku ini dihasilkan dalam usaha mendokumentasikan segala usaha berjasa mereka
di samping memperkaya bahan bacaan para pelajar.

Nama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein  Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Abdul Razak akan tetap kekal dalam lipatan  sejarah tanah air kita.

Buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami, terdapat sisipan informasi, gambar yang menarik serta glosari dan latihan bagi menguji pemahaman para pelajar.


ZAKAT SUCIKAN DIRI DAN HARTA


Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
ZAKAT SUCIKAN DIRI DAN HARTA / AZLINA AWANG.
ISBN 978-967-0187-45-7
1. Zakat.
2. Islam--Charities.
3. Islamic giving.
I. Judul.
297.54
ZAKAT bermaksud berkembang dan bertambah dari segi bahasa dan ia juga membawa maksud suci.  Ini menunjukkan membersihkan harta dan diri daripada sifat kedekut dan bakhil. Zakat juga bermaksud membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam.

Pengertian zakat pada istilah syara’ ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta  tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan. Setiap individu Muslim yang memiliki harta dengan jumlah tertentu, sesuai dengan ketentuan dan waktu tertentu, wajib mengeluarkan zakat. Hukum mengeluarkan zakat adalah fardu ain bagi yang mampu.

Buku ZAKAT SUCIKAN DIRI DAN HARTA menerangkan serba ringkas tentang ibadah zakat. Ia dilengkapi informasi padat yang ringkas, latihan pemahaman serta kosa kata bagi menambah pemahaman para pelajar.


HFMD PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT - Kenali Simptom dan Cara Pencegahannya


Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
HFMD PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT : Kenali Simptom dan 
Cara Pencegahannya / AZLINA AWANG.
ISBN 978-967-0187-46-4
1. Enterovirus diseases.
2. Communicable diseases.
I. Judul.
616.91
Sejak kebelakangan ini, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) menjadi isu hangat diperkatakan di media massa negara ini. Penyakit ini didapati bukan hanya menyerang kanak-kanak, tetapi juga remaja dan orang dewasa. Kes terbaharu kini banyak dikesan di Pulau Pinang sehingga menyebabkan beberapa pusat asuhan kanak-kanak diarah tutup oleh pihak berkuasa. Penyakit HFMD berlaku akibat kebersihan diri dan persekitaran yang kotor.

Kebarangkalian yang tinggi untuk dijangkiti virus ini adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah. Ibu bapa dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri anak-anak bagi mengurangkan jangkitan virus HFMD. Risiko jangkitan dan wabak terbukti boleh dikurangkan dengan amalan kebersihan yang sempurna.

Justeru, buku ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca tentang penularan wabak HFMD, simptomsimptom serta cara pencegahannya. Ia menggunakan bahasa yang mudah difahami, disertakan informasi yang bermanafaat untuk dijadikan panduan di samping menambah pengetahuan para pembaca.

Wednesday, April 25, 2018

3 DISEMBER 1994


TARIKH 3 DISEMBER 1994
3 Disember 1994 – Tarikh yang tidak akan saya lupa sampai mati. Tarikh yang merubah hidup kami adik-beradik. Semua orang akan diuji Tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu di sisi, di hati dan menemani jiwa setiap hari. Namun, apabila tiba masanya, Tuhan ambil dia semula. Terasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit! Amat sakittt dan tiada ubat atau penawar lain. Tiada!

3 Disember 2018, bermakna sudah 24 tahun mama meninggalkan kami adik-beradik dalam kemalangan jalan raya yang sungguh tragis. Perginya secara mengejut dan tiba-tiba pada usia muda. Tidak siapapun menyangka. Walau sehari sebelum kejadian, kami sekeluarga bergembira dalam majlis hari jadi anak saudara kedua. Di dalam keriangan itu sudah ada petanda, namun tidak siapa menyangka.

Orang yang paling saya sayang dalam dunia ini telah meninggal dunia. Bermakna, saya tidak boleh memanggilnya lagi. Tidak boleh melihat, apalagi menyentuh dan memeluknya. Jadi bingung dan mati akal. Buat apapun tidak pernah berasa gembira. Hilang semangat,hilang pergantungan dan hilang segala-galanya. Gelap dan saya tidak nampak apa-apa lagi di hadapan.

Sebak, kecewa, ralat, pasrah, menyalahkan takdir. Itu sudah semestinya sebagai manusia biasa yang sangat lemah. Kehilangan orang tersayang sangat-sangat menyakitkan dan tiada ubatnya. Kehilangan yang selama-lamanya.  Namun, saya sedar tiada suatu apa pun yang kekal untuk kita di dunia ini melainkan Allah SWT dan tiada apa yang kita punya melainkan semuanya dipinjamkan buat sementara. Kita cuma diamanahkan menikmati seketika saat manis atau sukar ketika bersama. Bila tiba waktunya diambil semula; kita perlu sentiasa redha.

Cuma ada satu yang saya tidak dapat lupa sehingga saat ini. Setiap malam mama akan bertanya soalan yang sama berulang kepada adik bongsu, “Kalau mama mati adik nak duduk dengan siapa?” Adik yang berusia 4 tahun ketika itu mana mungkin faham apa yang diperkatakan. Hanya tahu tersengih comel dengan pipi besar berambut keriting. Sekarang adik sudah besar dan sudah bekerja. Cinta hati bongsu kesayangan mama.. Syuhada Awang.

Besar pengorbanan mama membesarkan kami sehingga tiada masa berehat. Jadi Allah SWT bagi mama berehat. Mama pergi menghadap Ilahi, yang kita juga akan temui nanti. Innalillahiwainailahirojiun.

Sunday, March 25, 2018

ISLAMIC STORY BOOK

KISAH UMAR AL-KHATTAB
Umar al-Khattab r.a. dilahirkan 13 tahun setelah kelahiran Rasulullah SAW. Sebagai anak yang lahir dalam keluarga bangsawan Quraisy, beliau dibekalkan pendidikan yang baik seperti dalam bidang perniagaan dan pertahanan diri. Sebut sahaja nama Umar al-Khattab, masyarakat Arab segera terbayang seorang anak muda yang tegas pendirian, kuat semangat juangnya dan bijak berpidato. Beliau juga memiliki susuk tubuh yang besar dan gagah. Sesiapa sahaja berasa gerun untuk berlawan dengannya. Di medan perang, beliau adalah raja yang cekap bermain senjata.


Sebelum memeluk agama Islam, Umar sangat menentang Islam dan Rasulullah SAW. Beliau pernah memasang niat yang kuat untuk membunuh baginda. Apabila mengetahui niat beliau, Rasulullah SAW selalu berdoa, “Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada Islam dengan masuknya salah satu daripada dua Umar (Umar bin Khattab dan Abu Jahal) memeluk Islam.”

Allah SWT telah mengabulkan doa Rasulullah SAW. Sebelum memeluk agama Islam juga, beliau seorang yang bengis dan kasar.  Beliau gemar meminum minuman keras. Masyarakat Arab ketika itu sungguh menghormati Umar al-Khattab. Ketegasan dan keberaniannya sering menjadi bualan ramai.

Bapa Umar bernama Khattab bin Nufail al-Makhzumi. Ibunya pula bernama Khatmah binti Hasyim. Walaupun beliau anak kepada bangsawan Quraisy, Umar tidak terlepas daripada kerja seperti menggembala unta. Malah, bapanya  menyuruh beliau menggembala unta tanpa sebarang hari cuti. Umar tidak pernah membantah segala suruhan ayahnya itu. Setiap pekerjaan yang diberikan kepadanya akan dilaksanakan dengan sempurna. Ketegasan bapanya menjadikan Umar seorang anak muda dan pemimpin yang tegas.

Pada suatu hari, Umar berasa muak dengan perkembangan Islam. Dengan pedang di tangan, beliau berniat hendak membunuh Rasulullah SAW. Di tengah jalan, beliau berjumpa dengan Nu’aim bin Abdullah, iaitu seorang sahabat yang memberitahu bahawa adik perempuan beliau sendiri bernama Fatimah dan suaminya, Sa’id bin Zaid telah memeluk agama Islam.

Betapa marahnya Umar mendengar berita itu. Beliau segera ke rumah Fatimah. Sesampai di sana, beliau melihat Fatimah dan suaminya sedang membaca ayat-ayat suci al-quran. Dengan kemarahan yang meluap-luap, beliau menengking Fatimah dan memerintahkannya untuk meninggalkan agama Islam dan kembali kepada tuhan-tuhan datuk moyang mereka.

Di puncak kemarahannya, Umar menangkap lembaran yang tertulis ayat-ayat al-quran. Jantung beliau tiba-tiba  berdegup kuat dan hati beliau menjadi sempit. Dengan tangan gementar, beliau mengambil lembaran-lembaran itu dan membaca ayat-ayat al-quran yang tertera. Setelah membaca ayat-ayat itu, perasaan beliau menjadi tenang dan damai. Hati beliau luluh dan timbul keinginan yang kuat untuk bertemu Rasulullah SAW. Beliau pun meninggalkan rumah Fatimah menuju ke rumah al-Arqam, di mana Rasulullah SAW sedang berdakwah secara senyap-senyap. Umar pun memeluk Islam dan bersyahadat di hadapan baginda.


“Umar telah memeluk Islam! Umar telah memeluk Islam!” Masyarakat Quraisy gempar dengan berita pengislaman Umar al-Khattab. Siapa sangka, beliau yang begitu memusuhi Islam akhirnya menganuti Islam. Umat Islam di kota Mekah amat gembira dengan berita itu. Setelah beliau memeluk agama Islam, mereka bebas beribadat dan berdakwah secara terang-terangan.

Sejak kecil, Umar  sudah  mula berlatih menunggang kuda. Beliau boleh melompat dengan tepat ke atas pelana kuda. Ketangkasan beliau telah menjadikannya seorang ahli perang yang disegani musuh.
Setelah memeluk Islam, keperibadian Umar semakin menonjol. Beliau bukan sahaja pahlawan yang gagah berani, malah seorang ahli ibadat, pemimpin dan ilmuan yang disegani dan dihormati.

Peribadi beliau yang istimewa ini telah menjadikan beliau disayangi dan dikagumi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Keperibadian unik yang ada pada diri Umar adalah hasil daripada didikan keluarganya, pergaulannya serta didikan dan pengaruh peribadi Nabi Muhammad SAW.  Keperibadiannya ini menjadi sebutan dan bualan masyarakat Arab ketika itu. Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah oleh Abu Bakar as-Siddiq. Beliau yakin Umar mampu melaksanakan tugas seorang khalifah dengan baik. Perlantikan beliau turut dipersetujui sebulat suara.
 
Umar al-Khattab adalah pemimpin yang memiliki kepakaran pentadbiran dan pengurusan yang tinggi, pemimpin politik dan panglima perang yang cerdas. Antara sumbangan besar yang diberikan oleh beliau untuk Islam ialah beliau serta pasukan Islam berjaya membentangkan kejayaan Islam dari Mesir, Syam, Iraq sehingga ke kerajaan Parsi. 

Beliau berjaya mengembangkan kalendar Islam dan membangun pentadbiran dan pengurusan yang baik dalam pemerintahan Islam. Beliau juga orang pertama yang mencetuskan idea tentang perlunya dilakukan pengumpulan ayat-ayat al-Quran. Selain itu, beliau seorang yang berani melakukan ijtihad dengan tetap menjunjung tinggi prinsip-prinsip mesyuarat.

Sebagai seorang khalifah, hidup Umar benar-benar diabadikan untuk mencapai keredaan Allah SWT. Beliau berjuang untuk rakyat. Sukar mencari seorang pemimpin yang benar-benar prihatin terhadap rakyatnya. Pada waktu malam, beliau kerap menyamar untuk melakukan rondaan di sekitar kota Madinah. Beliau ingin melihat sendiri keadaan rakyatnya. Beliau tidak mahu ada dalam kalangan rakyatnya menderita.

Seperti biasa, pada suatu malam, Umar menyamar dan meronda bersama-sama pembantunya, Aslam. Tiba-tiba, beliau ternampak satu cahaya yang berkelip-kelip dari satu tempat. “Mari kita ke sana, Aslam. Mungkin ada musafir yang bermalam di situ,” kata Umar lalu melangkah laju.

Mereka pun menuju ke tempat itu. Di situ, mereka manyaksikan satu pemandangan yang menyayat hati. Kelihatan seorang ibu sedang menjerang sesuatu di atas tungku sambil dikelilingi oleh beberapa orang anak kecil yang sedang menangis.

Umar al-Khattab menghampiri ibu itu lalu bertanya, “Mengapa anak-anak ini menangis?”
“Anak-anak ini kelaparan, tuan,” jawab ibu itu.
“Apa yang sedang kamu jerang itu?” tanya Umar lagi.
Dalam kesedihan, ibu itu menjawab, “Di dalam periuk ini hanya ada air dan batu-batu sahaja. Saya sengaja berbuat begini dengan harapan anak-anak ini akan terlalai. Mudah-mudahan setelah penat menangis, mereka akan tertidur.”

Mendengar  kata-kata ibu itu, Umar sungguh terharu. Beliau segera mengajak Aslam meninggalkan tempat itu lalu menuju ke baitulmal. Beliau seterusnya mengambil seguni gandum dan lemak untuk diberikan kepada ibu tadi. Beliau mengangkat sendiri guni gandum yang hendak diberikan kepada ibu itu. Beliau tidak mahu menyusahkan Aslam kerana beliau benar-benar berasakan itu adalah tanggungjawabnya.

Pada mulanya, Aslam enggan meletakkan guni gandum itu di atas belakang beliau. Aslam enggan berbuat demikian kerana itu adalah tugasnya. Keengganan itu menyebabkan Umar menjadi marah.

“Aslam! Kamu tidak akan memikul dosaku di akhirat nanti. Cepat! Letakkan guni ini di atas belakangku,” kata Umar dengan tegas. Mahu tidak mahu, Aslam terpaksa mengikut kehendak khalifahnya itu. Apabila sampai di tempat ibu tadi, Umar segera memasak roti.  

Setelah roti-roti  itu masak, beliau memberikannya kepada ibu dan anak-anak yang sedang kelaparan itu. “Berilah anak-anak ini makan sehingga mereka kenyang,” kata Umar dengan belas kasihan.
Ibu itu sangat bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan kepadanya.
“Semoga Allah SWT akan membalas jasa tuan. Sesungguhnya, tuan lebih layak memegang jawatan Amirul Mukminin daripada Umar al-Khattab,” kata ibu itu.

Beliau hanya tersenyum mendengar kata-kata ibu itu. Walaupun ibu itu tidak mengenalinya, hatinya puas kerana dapat menjalankan tugasnya sebagai Amirul Mukminin pada malam itu. Beliau sering melawat ke tempat-tempat yang jauh dari Madinah seperti Syam, Mesir, Bahrain, Kufah, Basrah dan sebagainya. 

Beliau akan menghabiskan masa selama dua bulan di setiap tempat yang dilawati itu untuk meninjau keadaan penduduknya. Sebagai seorang ketua khalifah, beliau mementingkan kejujuran dan amanah. Malah, rakyat juga digesa supaya bersikap jujur. Beliau yakin kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkannya akan membuahkan kejayaan akhirnya. Pernah suatu ketika, Umar sedang berjalan-jalan di suatu tempat yang berbukit-bukau, beliau ternampak seorang budak sedang mengembala kambing. 

Beliau mengampiri budak itu untuk menguji kejujurannya.
“Wahai anak! Bolehkah saya membeli seekor daripada kambing ini?” tanya beliau.
“Maafkan saya, tuan. Kambing-kambing ini bukan kepunyaan saya,” jawab budak itu.
“Kalau kamu jualkan kambing ini kepada saya, sudah tentu kamu akan mendapat wang. Saya akan beri wang yang banyak kepada kamu,” pujuk Umar 
dengan lembut. 

Budak itu mengeleng-geleng lalu berkata, “Tidak! Saya tidak akan menjualnya.”
“Kalau tuan kamu bertanya mengapa kambingnya kurang, katakan sahaja kambing ini telah lari ke belakang bukit dan mungkin sudah mati dimakan serigala,” pujuk beliau lagi.

“Benar. Memang saya boleh berkata begitu kerana tuan saya tidak tahu. Namun, Allah melihat apa yang saya lakukan,” jawab budak itu sambil memandang ke arah kambing-kambingnya. 
Berkali-kali Umar cuba memujuk, namun budak itu tetap dengan keputusannya dan tidak mahu menjualkan kambing tersebut. 

Beliau berasa bangga kerana budak itu sangat jujur. Umar lalu membawa budak itu kepada tuannya. Kemudian, Umar membeli budak itu dan membebaskannya. Semasa pemerintahan beliau, Palestin adalah sebahagian daripada wilayah Islam. Umar telah menulis surat kepada pemimpin Kristian Palestin yang berpusat di Baitulmuqaddis bahawa beliau akan menjaga keselamatan semua penduduk Kristian Palestin di situ. 

Tentera Islam tidak akan mengganggu kehidupan mereka. Mereka bebas menjalankan kegiatan agama mereka seperti biasa. Secara tidak langsung, Umar telah berjaya menjalinkan perdamaian dengan wilayah-wilayah di bawah pemerintahannya. Keadilan dan sistem syura yang diamalkan oleh Umar membuktikan beliau telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Sewaktu memilih calon untuk menggantikannya, para sahabat telah mencadangkan supaya anaknya, Abdullah dimasukkan dalam senarai enam orang yang dicalonkan itu.

Beliau dengan tegas telah menolak cadangan itu. Beliau hanya membenarkan anaknya menjadi pemerhati dalam pencalonan khalifah itu. Menurut beliau, jawatan khalifah bukan untuk dipusakai atau diwarisi, sebaliknya pemilihan hendaklah dilakukan secara demokrasi.

Umar al-Khattab kembali ke rahmatullah pada 26 Zulhijah, tahun 23 Hijrah bersamaan TM 644. Beliau meninggal dunia kerana menderita luka bekas ditikam oleh Abu Lu’luah ketika sedang menunaikan solat subuh di masjid. 

Setelah menikamnya sebanyak enam kali, Abu Lu’ luah cuba melarikan diri namun dihadang oleh ahli jemaah yang berada di belakang Umar. Abu Lu’luah yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam tiga belas orang sebelum membunuh diri.

Beliau meninggal dunia enam hari selepas kejadian itu. Ketika itu, Umar berusia 63 tahun dan  telah memerintah selama sepuluh tahun. Pemergian beliau ditangisi oleh rakyatnya kerana mereka masih memerlukan pimpinan beliau. Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Umar al-Khattab. Kemudian beliau berkata. “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui Tuhannya.”

Jenazah Umar disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan pusara Rasulullah SAW dan Abu Bakar as Siddiq. Umar al-Khattab telah meninggalkan banyak kemajuan. Corak kepimpinannya menjadi teladan kepada generasi selepasnya. Kota-kota peninggalannya pula masih dilihat sehingga ke hari ini. 
















Friday, March 2, 2018

KARYA TAHUN 2018

1. MUHAMMAD ALI - LEGENDA TINJU DUNIA
Muhammad Ali merupakan legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat. Beliau dianggap antara peninju ‘heavyweights’ terhebat dalam sejarah sukan ini. Lahir dengan nama Cassius Marcellus Clay, beliau dikenali sebagai ‘The Greatest’ atau ‘Paling Hebat.’ Nama berkenaan dipilih sebagai mengingati kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19. Beliau kemudian menukar namanya pada tahun 1964. Sepanjang kariernya, Muhammad Ali dianggarkan menerima 29 ribu kali tumbukan lawannya. Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Muhammad Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky pada 17 Januari 1942. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal dalam kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya. Di kemuncak kerjayanya, Muhammad Ali dikatakan antara manusia paling terkenal di dunia. Bakat luar biasanya amat sesuai dengan rasa gah dan sombongnya yang melangit ketika mencabar lawan di gelanggang. “Saya paling hebat!” itulah ungkapan yang selalu lahir dari mulutnya. Beliau terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah. Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974). Muhammad Ali berjaya melakukan transformasi ke atas negara ini dan meninggalkan impak besar dengan semangatnya. Kini, legasi beliau terlakar dalam sejarah dunia.

MUHAMMAD ALI - LEGENDA TINJU DUNIA
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang
MUHAMMAD ALI: Legenda Tinju Dunia / Azlina Awang
ISBN 978-983-0134-70-3
1. Muhammad Ali,--1942-2016--Juvenile literature--United States.
2. Boxers (Sports)--Biography--Juvenile literature--United States.
3. African American boxes. I. Judul.
796.83

2. WABAK RABIES
Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan wabak rabies atau penyakit anjing gila yang telah melanda negeri Sarawak. Serangan virus ini akan menyebabkan keradangan otak pada manusia dan mamalia lain. Kita sudah semestinya ingin mengetahui apakah rawatan untuk rabies serta langkah-langkah pencegahan daripada dijangkiti virus merbahaya ini.

Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah mendengar mengenai penyakit tersebut sebelum ini, namun kini adalah masa yang sesuai untuk kita mengetahui lebih lanjut mengenainya. Meskipun Kementerian Kesihatan sedang giat menjalankan usaha mengekang penularan virus rabies, namun
orang ramai tidak seharusnya memandang remeh mengenai wabak anjing gila.

Buku WABAK RABIES memberi informasi tentang bahaya virus ini, punca-punca jangkitan,rawatan serta pencegahannya. Buku ini amat menarik kerana disertakan gambar foto berwarna bagi menambah lagi pemahaman  para pelajar. Ia juga dilengkapi latihan pemahaman bagi menguji minda. Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua.

WABAK RABIES
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
WABAK RABIES / Azlina Awang.
ISBN 978-967-0187-44-0
1. Rabies. 2. Rabies in dogs.
3. Dogs--Virus diseases. I. Judul.
614.563

3. PENYAKIT KENCING TIKUS
Sejak kebelakangan ini, penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis semakin menular di negara kita. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku. 

Penyakit kencing tikus menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira golongan usia. Ia merupakan pembunuh senyap yang mana pada tahap paling kronik, ia mampu membuatkan kegagalan fungsi pada beberapa organ penting tubuh seperti ginjal dan hati. Rawatan penyakit kencing tikus haruslah diberi segera untuk mengelakkan ia melarat. Paling teruk, penyakit kencing tikus boleh membawa maut. 

Justeru, buku AWAS! LEPTOSPIROSIS PENYAKIT KENCING TIKUS diterbitkan bagi memberi informasi lebih jelas tentang bahaya penyakit ini serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah diri kita daripada dijangkiti. Buku ringkas ini dilengkapi kosa kata serta latihan bagi menguji pemhaman para pelajar.

AWAS! LEPTOSPIROSIS PENYAKIT KENCING TIKUS
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
AWAS LEPTOSPIROSIS PENYAKIT KENCING TIKUS / Azlina Awang.
ISBN 978-967-0366-56-2
1. Leptospirosis--Juvenile literature.
2. Leptospirosis in animals--Juvenile literature. I. Judul.
616.9


4. HIMPUNAN KATA MOTIVASI PELAJAR
Kata-kata motivasi amat berpengaruh dalam kehidupan kita, misalnya dengan mendapatkan  kata-kata motivasi bijak sudah tentu hati kita akan lebih tersentuh dan lebih bersemangat agar menjadi lebih baik lagi. Kata-kata motivasi bukan hanya digunakan untuk memberikan semangat tetapi juga berguna untuk membuka pola pemikiran kita agar lebih maju dan rasional. Semoga buku HIMPUNAN KATA MOTIVASI PELAJAR menjadi inspirasi serta dapat menyuntik semangat baru dalam menjalani kehidupan para pelajar.

HIMPUNAN KATA MOTIVASI PELAJAR
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
ISBN 978-967-0135-61-8
1. Motivation (Psychology)--Quotations, maxims, etc.
2. Motivation (Psychology) in children.
3. Educational phychology. I. Judul.
153.8


Monday, February 26, 2018

KARYA TAHUN 2017

1. MARTABAT BANGSA MELAYU
Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia. Kebanyakan adalah penduduk setempat yang telah menghuni wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo bahagian barat laut. Definisi Melayu adalah sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat istiadat Melayu. Semenjak merdeka orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini. Hari ini, orang Melayu membentuk 65 peratus penduduk Malaysia.Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Buku MARTABAT BANGSA MELAYU mengkaji latar belakang bangsa Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu sejak dahulu yang telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini  telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi. Buku ini dilengkapi foto berwarna serta sisipan info bagi menguatkan lagi pemahaman para pelajar. Ia juga dilengkapi latihan dan glosari.

MARTABAT BANGSA MELAYU
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
MARTABAT BANGSA MELAYU / Azlina Awang.
ISBN 978-967-0366-54-8
1. Malays (Asian people)--Ethnic identity.
2. Malays (Asian people)--History.
3. Malays (Asian people)--Social conditions.
4. Malaysia--Race relations. I. Judul.
320.9595


2. CEGAH VIRUS ZIKA
CEGAH VIRUS ZIKA adalah sebuah buku yang memberi informasi tentang bahaya jangkitan Virus Zika. Ramai yang ingin tahu apa itu virus Zika? Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya.  Mungkin ada dalam kalangan kita yang sebenarnya sudah dijangkiti virus Zika, namun cukup sekadar menelan panadol untuk beberapa hari. atau ke klinik kesihatan dan dirawat sebagai demam biasa sahaja.

Virus Zika telah menular di Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekiratan dengan kerap supaya tempat pembiakan Aedes dapat dihapuskan. Buku ini memberi informasi tentang gejala dijangkiti virus Zika, kesan serta rawatan dan pencegahan. Ia juga disertakan foto berwarna bagi memudahkan lagi pemahaman para pembaca. Semoga buku ini dapat membantu kita mencegah jangkitan Virus Zika.

CEGAH VIRUS ZIKA
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
CEGAH VIRUS ZIKA / AZLINA AWANG.
ISBN 978-967-0187-43-3
1. Mosquitoes as carriers of disease. 2. Mosquitoes --Control. I. Judul.
614.4323

3. TAN SRI ADENAN SATEM
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, atau lebih dikenali sebagai Tok Nan seorang pemimpin yang tegas dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak. Beliau adalah tokoh yang menjiwai semangat 1Malaysia, seorang pemimpin yang mampu menyatukan rakyat berbilang kaum di bawah satu bumbung dan tidak pernah menepikan kepentingan mana-mana kaum.

Tan Sri Adenan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang tidak kenal erti penat lelah dalam memperjuangkan nasib rakyat Sarawak. Beliau telah meletakkan kepentingan rakyat melebihi 
kepentingan diri sendiri. Banyak transformasi yang telah dilaksanakan oleh beliau sepanjang menjadi Ketua Menteri yang membuatkan rakyat lebih sayang dan yakin ke atas kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional. 

Jasa Tan Sri Adenan sangat besar dan akan termaktub dalam buku-buku sejarah untuk  dikenang oleh semua, terutama rakyat Sarawak. Sesungguhnya kita semua telah kehilangan seorang pemimpin berwibawa yang memilih untuk berkhidmat untuk parti dan rakyat sehingga nafas terakhir beliau.  Pemergian Tan Sri Adenan dalam kalangan masyarakat tempatan pastinya merupakan kehilangan besar bagi Sarawak khususnya dan Malaysia.

Semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tan Sri Adenan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
TAN SRI ADENAN SATIM
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
TAN SRI ADENAN SATEM: Pemimpin Berjiwa Rakyat yang Sukar dicari
Ganti - 1944-2017- / AZLINA AWANG.
ISBN 978-967-0366-55-5
1. Adenan Haji Satem, Tan Sri, 1944-2017--Biography. 2. Chief Ministers--
Sarawak (Malaysia). 3. Politicians--Sarawak (Malaysia). I. Judul.
923.20959522






Sunday, February 25, 2018

KARYA TAHUN 2016

1. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD... siapa yang tidak kenal dengan insan ‘gah’ ini, mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat. Pernah mengabdikan diri sebagai pemimpin tertinggi negara selama lebih dua dekad, beliau tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar dan berani. Berbekalkan daya intelektual yang tinggi dan bersandarkan kepada pemikiran strategi yang dimiliki, beliau terus memacu negara Malaysia ke arah negara maju. Tun telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti Kuala Lumpur City Center (KLCC), Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Beliau terus meneraju Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat. Selepas persaraannya, nama Tun Dr. Mahathir Mohamad terus terpahat sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’, NEGARAWAN TERULUNG TIADA BANDINGAN.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD : NEGARAWAN TERULUNG TIADA
BANDINGAN / AZLINA AWANG.
ISBN 978-967-0187-42-6
1. Mahathir Mohamad, Tun, 1925-. 2. Ex-prime ministers--Malaysia--Biography.
3. Politicians--Malaysia--Biography.
I. Judul.
923.2595

2. TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Tenang, warak, penyabar dan pemurah. Itulah ciri-ciri yang ada dalam diri Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan. Beliau seorang ulama dan tokoh politik tanah air yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Beliau juga satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan gigih memperjuangkan Islam sebagai Ad-Din yang perlu ditegakkan di negara ini. Di dalam buku ini, mencatatkan beberapa kisah yang agak menarik mengenai latar belakang pendidikan Tuan Guru dan latar belakang keluarganya serta kepimpinan beliau. Tuan Guru  Nik Abdul Aziz bukan sahaja sebagai seorang Menteri Besar dan wakil rakyat yang luar biasa, malah beliau ialah seorang ulama dan pendakwah yang unik. Kini, nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz  terpahat dalam sejarah sebagai salah seorang pemimpin luar biasa yang mempunyai kehebatan tersendiri.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: Ulama Zuhud Dalam Kenangan /
AZLINA AWANG
ISBN 978-967-0188-37-9
1. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’, 1931-2015. 2. Ulama--Kelantan--Biography.
3. Muslim scholars--Kelantan--Biography. 4. Politicians--Kelantan--Biography.
I. Judul.
922.97595

3. KHALID AL-WALID
Sahabat Rasulullah yang berjaya memimpin pasukan tentera mengalahkan tentera Parsi dan Rom. Gelaran Pedang Allah tidak membuatkan dirinya sombong. Beliau adalah Khalid al-Walid, seorang pahlawan Islam yang terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Sebelum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

KHALID AL-WALID

4. KENALI ASEAN
ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

KENALI ASEAN menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal negara anggota ASEAN, seperti kebudayaan, bahasa dan cara hidup masyarakat ASEAN kepada masyarakat umum di Malaysia. Ia bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pelajar mengenai ASEAN, peranan dan sumbangan ASEAN kepada kesejahteraan rantau Asia Tenggara. Di samping itu, ia bagi merealisasikan hasrat pemimpin-pemimpin negara ASEAN ke arah pembentukan serta mencapai  Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015.

KENALI ASEAN
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
KENALI ASEAN / AZLINA AWANG, HAFIS ZAKARIA, ZURAIDAH YUSOFF.
ISBN 978-967-0375-46-5
1. Southeast Asia--History. I. Hafis Zakaria, 1985-. II. Zuraidah Yusoff, 1984-.
III. Judul.
959

5. ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K
ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K diperkaya dengan maklumat dan pelbagai ilmu pengetahuan. Mencari ilmu tiada hadnya dan ilmu tidak akan pupus biarpun zaman berlalu beratus tahun. Hanya dengan ilmu masyarakat akan menjadi lebih bertamadun. ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K disusun mengikut abjad dari A hingga Z. Setiap tajuk disusun secara komprehensif, merangkumi pelbagai topik umum yang berkaitan hal-hal di sekeliling sama ada di dalam mahupun luar negara. Setiap halaman dilengkapi fakta dan penerangan terperinci serta gambar foto berwarna yang memukau para pembaca.

ABJAD M
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K : ABJAD Mm / Azlina Awang,
Zuraidah Yusoff
(ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K)
ISBN 978-967-0366-09-8 (set)
ISBN 978-967-0366-39-5
1. Encyclopedias and dictionaries, Malay. I. Zuraidah Yusoff, 1984-.
II. Judul. III. Siri.
039.9923

ABJAD N
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K : ABJAD Nn / Azlina Awang,
Zuraidah Yusoff
(ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K)
ISBN 978-967-0366-09-8 (set)
ISBN 978-967-0366-40-1
1. Encyclopedias and dictionaries, Malay. I. Zuraidah Yusoff, 1984-.
II. Judul. III. Siri.
039.9923

ABJAD O
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K : ABJAD Oo / Azlina Awang,
Zuraidah Yusoff
(ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K)
ISBN 978-967-0366-09-8 (set)
ISBN 978-967-0366-41-8
1. Encyclopedias and dictionaries, Malay. I. Zuraidah Yusoff, 1984-.
II. Judul. III. Siri.
039.9923

ABJAD P
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K : ABJAD Pp / Azlina Awang,
Zuraidah Yusoff
(ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K)
ISBN 978-967-0366-09-8 (set)
ISBN 978-967-0366-42-5
1. Encyclopedias and dictionaries, Malay. I. Zuraidah Yusoff, 1984-.
II. Judul. III. Siri.
039.9923

6. SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN
Sistem beraja dianggap penting dalam menjamin kestabilan negara kerana ia menaungi seluruh rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama. Baginda diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan merupakan lambang kuasa dan simbol perpaduan. Raja berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan teras perpaduan dan payung penyatuan.

SULTAN AHMAD SHAH
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
SULTAN AHMAD SHAH: (Sultan Negeri Pahang) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-46-3
1. Monarchy--Malaysia. 2. Kings and rulers--Succession. 3. Malaysia--Politics
and government. 4. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
5. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH: (Sultan Negeri Kedah dan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-45-6
1. Monarchy--Malaysia. 2. Kings and rulers--Succession. 3. Malaysia--Politics
and government. 4. Malaysia--Kings and rules--Juvenile literature.
5. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH: (Sultan Negeri Perak) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-50-0
1. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin
Shah Al-Maghfirullah. 2. Monarchy--Malaysia. 3. Kings and rulers--Succession.
4. Malaysia--Politics and government.
5. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature. 6. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

SULTAN IBRAHIM ISMAIL
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
SULTAN IBRAHIM ISMAIL: (Sultan Negeri Johor) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-47-0
1. Monarchy--Malaysia.  2. Kings and rulers--Succession.  3. Malaysia--Politics
and government.  4. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
5. Malaysia--History.
I. Judul.  II. Siri.
959.5


SULTAN MUHAMMAD V
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
SULTAN MUHAMMAD V: (Sultan Negeri Kelantan) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-49-4
1. Monarchy--Malaysia. 2. Kings and rulers--Succession. 3. Malaysia--Politics
and government. 4. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
5. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH: (Sultan Negeri Selangor) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-51-7
1. Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
2. Monarchy--Malaysia. 3. Kings and rulers--Succession. 4. Malaysia--Politics
and government. 5. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
6. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
TUANKU SYED SIRAJUDDIN: (Raja Negeri Perlis) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-53-1
1. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
2. Monarchy--Malaysia. 3. Kings and rulers--Succession. 4. Malaysia--Politics
and government. 5. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
6. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN: (Sultan Negeri Terengganu) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-48-7
1. Monarchy--Malaysia. 2. Kings and rulers--Succession. 3. Malaysia--Politics
and government. 4. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
5. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

TUANKU MUHRIZ
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
TUANKU MUHRIZ: (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-52-4
1. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
2. Monarchy--Malaysia. 3. Kings and rulers--Succession. 4. Malaysia--Politics
and government. 5. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
6. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5

INSTITUSI BERAJA LAMBANG KEDAULATAN NEGARA
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Azlina Awang, 1982-
INSTITUSI BERAJA LAMBANG KEDAULATAN NEGARA / AZLINA AWANG.
(SISTEM BERAJA PAYUNG PENYATUAN)
ISBN 978-967-0366-43-2 (set)
ISBN 978-967-0366-44-9
1. Monarchy--Malaysia. 2. Kings and rulers--Succession. 3. Malaysia--Politics
and government. 4. Malaysia--Kings and rulers--Juvenile literature.
5. Malaysia--History.
I. Judul. II. Siri.
959.5





KARYA TAHUN 2019

1. TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH TUN MAHATHIR seorang pemikir dan revolusiner yang tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar...