1. TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH
TUN MAHATHIR seorang pemikir dan revolusiner yang tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar dan berani. Dalam meniti usia senja sebegini, beliau ketepikan masa rehatnya demi untuk meneraju negara Malaysia. Auranya cukup bergema ke seluruh pelusuk tanah air sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekalipun kalah dalam pilihan raya sejak 60 tahun yang lalu.
Beliau melakar sejarah tanah air apabila dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri Malaysia mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia. Kejayaan beliau kembali memimpin negara juga bersejarah apabila menggantikan parti Barisan Nasional yang memerintah sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Mengimbas pucuk pimpinan beliau, kita semua sudah tahu pemimpin berusia 93 tahun ini telah menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia. Dalam menginjak usia 93 tahun, beliau mahu perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Beliau ingin nama Malaysia terus dikenali dalam pentas dunia. Nama beliau terus meniti di bibir sebagai insan terulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.
Terima kasih Tun, di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbananmu, lebih-lebih lagi pada usia sebegini seharusnya masa untuk Tun berehat bersama keluarga. Semoga Allah SWT merahmati Tun sekeluarga dengan kesihatan yang baik.
2. LEGASI KEPIMPINAN PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN
Teori RAHMAN, ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah dunia kerana beliau dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Malaysia diterajui oleh enam orang Perdana Menteri yang hebat. Kehebatan tokoh-tokoh ternama ini wajar diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan sebagai bahan penting rujukan di samping sebagai tanda penghargaan atas jasa-jasa mereka.
Buku LEGASI KEPIMPINAN PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN memaparkan aspek kerjaya politik, keluarga, latar belakang pendidikan serta sumbangan tokoh-tokoh ini dalam mentadbir negara. Mereka telah mencurahkan khidmat bakti yang begitu besar kepada negara sehingga membolehkan negara menikmati keamanan dan kejayaan sekarang. Sebagai mengenang jasa mereka, Buku ini dihasilkan dalam usaha mendokumentasikan segala usaha berjasa mereka disamping memperkaya bahan bacaan para pelajar.
Nama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Abdul Razak akan tetap kekal dalam lipatan sejarah tanah air kita.
Buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami, terdapat sisipan informasi, gambar yang menarik serta glosari dan latihan bagi menguji pemahaman para pelajar.
Saturday, July 6, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
KARYA TAHUN 2019
1. TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH TUN MAHATHIR seorang pemikir dan revolusiner yang tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar...
-
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT Maknanya: Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik. Di sebu...
-
ISLAMIC STORY BOOK Sumayyah Khayyat (Wanita Pertama Mati Syahid) Sumayyah binti Khayyat ialah wanita pertama yang mati syahid, memper...
-
HONG KONG Hong Kong - March 2015 Hong Kong - March 2015 Kwai Tsing Hong Kong terdiri daripada Pulau HK, Kowloon dan New Ter...
-
1. KOLEKSI TELADAN SAHABAT ALAM Koleksi Teladan Sahabat Alam mengisahkan haiwan-haiwan di hutan yang diadaptasikan daripada kisah kehidupan...
-
KOTA BANDUNG Sejuk dan dingin kerana dikelilingi oleh pergunungan. Itulah Kota Bandung. Dahulu kononnya Bandung merupakan danau purba yang ...
-
Nama : Azlina Awang Pendidikan : Methodist English School (1989 - 1999) Universiti Teknologi Mara (UiT...
-
1. MARTABAT BANGSA MELAYU Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia. Kebanyakan adalah penduduk setempat yang telah...
-
1. PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia disediakan bertujuan memberi bimbingan d...
-
KARYA 2018 1. MUHAMMAD ALI - LEGENDA TINJU DUNIA Muhammad Ali merupakan legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat. Beliau dianggap antara...