TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH
Ketika
Tun menjadi Perdana Menteri, saya belum dilahirkan. Namun, Tun adalah idola
saya dari kecil sehingga sekarang. Banyak perkara yang saya suka baca tentang
kepimpinan beliau. Saya menyimpan pelbagai koleksi buku tentang Tun dan isteri.
TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH adalah buku kedua saya tentang kepimpinan insan
terulung ini.
Beliau tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar dan berani. Dalam meniti usia senja sebegini, beliau ketepikan masa rehatnya demi untuk meneraju negara Malaysia. Auranya cukup bergema ke seluruh pelusuk tanah air sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekalipun kalah dalam pilihan raya sejak 60 tahun yang lalu. Nama beliau terpahat dalam lipatan sejarah tanah air kerana dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri Malaysia mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Malah, beliau melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia. Kejayaan beliau kembali memimpin negara juga bersejarah apabila menggantikan parti Barisan Nasional yang memerintah sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Jika ada
kesempatan, banyak lagi yang ingin saya tulis tentang Tun, sebagai bahan
terbitan dan bacaan umum. Tun pemimpin serba boleh… mungkin hanya satu dalam
sejuta. Tun adalah doktor, arkitek, jurutera, artis, pakar niaga dan pemidato.
Tun juga adalah guru, pemikir, perancang dan pelaksana. Tun adalah ayah dan
sahabat… paling penting, Tun adalah NEGARAWAN TERULUNG yang dilahirkan di bumi
bertuah ini. Terima kasih Tun, di atas segala jasa dan pengorbananmu.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga dengan kesihatan yang baik.
PIMPINAN 6 PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN
Teori RAHMAN, ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah dunia kerana beliau dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga dengan kesihatan yang baik.
PIMPINAN 6 PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN
Teori RAHMAN, ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah dunia kerana beliau dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Malaysia diterajui oleh enam orang Perdana Menteri yang hebat. Kehebatan tokoh-tokoh ternama ini wajar diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan sebagai bahan penting rujukan di samping sebagai tanda penghargaan atas jasa-jasa mereka.
Buku PIMPINAN 6 PERDANA MENTERI DALAM TEORI RAHMAN memaparkan aspek kerjaya politik, keluarga, latar belakang pendidikan serta sumbangan tokoh-tokoh ini dalam mentadbir negara. Mereka telah mencurahkan khidmat bakti yang begitu besar kepada negara sehingga membolehkan negara menikmati keamanan dan kejayaan sekarang. Sebagai mengenang jasa mereka, Buku ini dihasilkan dalam usaha mendokumentasikan segala usaha berjasa mereka
di samping memperkaya bahan bacaan para pelajar.
Nama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Abdul Razak akan tetap kekal dalam lipatan sejarah tanah air kita.
Buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami, terdapat sisipan informasi, gambar yang menarik serta glosari dan latihan bagi menguji pemahaman para pelajar.
ZAKAT SUCIKAN DIRI DAN HARTA
Pengertian zakat pada istilah syara’ ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan. Setiap individu Muslim yang memiliki harta dengan jumlah tertentu, sesuai dengan ketentuan dan waktu tertentu, wajib mengeluarkan zakat. Hukum mengeluarkan zakat adalah fardu ain bagi yang mampu.
Buku ZAKAT SUCIKAN DIRI DAN HARTA menerangkan serba ringkas tentang ibadah zakat. Ia dilengkapi informasi padat yang ringkas, latihan pemahaman serta kosa kata bagi menambah pemahaman para pelajar.
HFMD PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT - Kenali Simptom dan Cara Pencegahannya
Kebarangkalian yang tinggi untuk dijangkiti virus ini adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah. Ibu bapa dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri anak-anak bagi mengurangkan jangkitan virus HFMD. Risiko jangkitan dan wabak terbukti boleh dikurangkan dengan amalan kebersihan yang sempurna.
Justeru, buku ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca tentang penularan wabak HFMD, simptomsimptom serta cara pencegahannya. Ia menggunakan bahasa yang mudah difahami, disertakan informasi yang bermanafaat untuk dijadikan panduan di samping menambah pengetahuan para pembaca.