Sejuk dan dingin kerana dikelilingi oleh pergunungan. Itulah Kota Bandung. Dahulu kononnya Bandung merupakan danau purba yang besar, dikenali dengan sebutan ‘Danau Bandung’ atau ‘Situ Hiang.’ Sekitar 3000 tahun yang lalu, danau ini mulai surut dan membentuk bentangan tataran yang luas, yang kini ditempatkan oleh Kota Bandung.
Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu ‘Paris di Jawa’ dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana. Oleh itu, ia telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.
Kota paling banyak motosikal. |
Kini Kota Bandung adalah kota macet (sesak) kerana pertumbuhan bandarnya yang pesat. |
Pengangkutan Awam
Di bandar, penduduk Bandung biasanya menggunakan pengangkutan awam, angkot berbanding teksi yang lebih mahal. Selain itu, bas kota juga memberikan perkhidmatan, umumnya di jalan-jalan besar dan untuk laluan-laluan yang panjang. Bandung memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Husein Sastranegara yang menghubungkan Bandung dengan bandar-bandar yang lain di Indonesia dan Kuala Lumpur. Bandung juga mempunyai dua buah stesen kereta api, iaitu Stesen Bandung yang menghubungkan laluan Bandung-Jakarta (Gambir), Surabaya dan Semarang setiap hari untuk kelas bisnes dan eksekutif dan Stesen Kiaracondong untuk kelas ekonomi.
Angkot amat popular di kota Bandung sebagai pengangkutan awam utama. Tambahnya juga murah. |
Pengalaman Penulis: Saya mengunjungi Kota Bandung pada bulan April 2016 dan November 2016. Dengan menaiki pesawat Air Asia QZ172 dari KLIA2, mendarat di Husein Sastranegara Airport, Bandung kira-kira dua jam setengah perjalanan. Alhamdulillah cuaca sangat baik, cuma sedikit gerimis. Oleh kerana ini kali pertama mengunjungi Bandung, saya menggunakan perkhidmatan supir untuk ke hotel dengan harga sangat mahal Rp500.000 (terkena), hanya untuk jarak jira-kira 15 minit sahaja. Alasan yang diberikan oleh supir ialah 'macet' (trafic jam kerana waktu kemuncak). Saya menginap di Orange Home Bandung yang terletak di Jl. Babakan Jeruk 1 No. 76, Pasteur, Bandung. Banyak package harga yang ditawarkan, bergantung kepada bajet masing-masing. Orange Home adalah sebuah Guest House yang nyaman dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas. Ia terletak berhampiran Lapangan Terbang Husein Sastranegara, kira-kira lima belas minit perjalanan menaiki kereta. Bagi anda yang berkunjung ke Bandung, terdapat banyak teksi berdaftar/teksi meter yang boleh dinaiki untuk perjalanan dalam bandar. Harganya jauh lebih murah.
Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung. Lapangan terbang ini agak kecil. |
Orange Home Bandung, senuah guest house yang sangat bersih, kemas, nyaman dan selesa. |
Pancuran air menghiasi ruang rehat di Orange Home. |
Antara menu kegilaan saya, nasi krapu kriuk pedes. Porsinya kecil tapi cukup - Rp16.000 - Warung Ferdi. |
Nasi Goreng Cabe Ijo |
Antara menu yang dijual di Warung Ferdi. |
GUNUNG TANGKUBAN PARAHU
Gunung Tangkuban Parahu - sebuah gunung berapi terletak sekitar 20 kilometer di utara kota Bandung, Indonesia. Kali terakhir gunung ini meletus (letusan kecil) pada Oktober 2013, mengeluarkan debu panas dan batu sejauh 1 kilometer. Keunikan gunung ini ialah bentuknya menyerupai sebuah perahu terbalik. Lagenda mengatakan Gunung Tangkuban Parahu berasal dari perahu yang ditendang hingga terbalik oleh Sangkuriang. Berada pada ketinggian 1830 meter di atas permukaan laut, gunung ini menjadi tempat pelancongan popular di Bandung. Kawasan sekitar sangat sejuk, suhu pada waktu siang sekitar 17 darjah celsius manakala pada waktu malam 2 darjah celsius. Jadi, jika berkunjung ke sini jangan lupa bawa jaket.
Gunung Tangkuban Parahu. |
Saya sangat teruja melihat kebesaran Ilahi di hadapan mata kerana selama ini saya hanya membacanya melalui buku. |
Pokok yang hidup di pinggir kawah dinamakan ‘Mahuni’. |
Pintu masuk Tangkuban Parahu. |
Ketinggian Gunung Tangkuban Parahu dari paras laut. |
Terdapat banyak gerai menjual pelbagai cenderahati dan pakaian. |
Pengalaman Penulis: Menggunakan perkhidmatan supir yang ditawarkan oleh pihak Orange Home untuk menjelajah apa yang menarik di Bandung. Bayaran yang dikenakan sebanyak Rp500'000 untuk satu hari. Jenis kenderaan yang digunakan adalah Toyota Avanza. Jarak perjalanan kira-kira 30 kilometer melalui Bandung menuju Ledeng Lembang. Waktu perjalanan bergantung kepada keadaan cuaca kerana jalanannya berliku dan naik turun. Harga tiket masuk yang dikenakan:
Warga tempatan: Rp20.000
Warga luar: Rp200.000 (sila semak harga semasa)
Saya nasihatkan anda lebih berhati-hati semasa berada di khalayak. Anda akan didatangi beberapa orang yang 'menawarkan pertolongan' mengambil gambar atau menjual cenderahati dengan harga yang tidak munasabah. Saya telah mengalaminya di mana seseorang menawarkan 'pertolongan; mengambil gambar dan akhirnya dia meminta wang bayaran yang tinggi. Saya menyangka itu adalah pertolongan ikhlas tetapi tidak. Jadi, saya nasihatkan sekali lagi, jangan pandang atau melayan mereka dari awal, buat-buat tidak nampak dan jika boleh jauhkan diri dari mereka.
Bawa jaket, baju tebal kerana kawasan pergunungan ini sejuk.
KAWAH PUTIH CIWIDEY
Kawah Putih Ciwidey - terletak sekitar 50 kilometer di selatan Bandung. Ia tempat popular pelancong, terutama pencinta alam. Kawah putih sesuai dengan namanya, adalah sebuah kawah vulkanik dengan tanah berwarna putih yang terletak pada ketinggian 2434 meter di atas permukaan laut. Warna putih ini kerana terdapat kandungan belerang pada tanahnya. Bau belerang sangat kuat ketika hujan turun atau ketika hari menjelang malam. Keunikan utama ialah airnya selalu berubah warna. Udara di sini sejuk dengan suhu sekitar 8 darjah celsius hingga 22 darjah celsius. Untuk sampai ke sini boleh menaiki kenderaan sendiri atau menggunakan perkhidmatan Ontang Anting yang disediakan.
Kawah putih adalah antara bucketlist yang mesti diterokai oleh pengunjung. Walaupun terletak agak jauh dari pusat Bandar, kawasan ini tetap menjadi pilihan wajib pelancong apabila berkunjung ke Bandung kerana keindahannya yang unik dan memukau. Ramai juga yang sanggup datang untuk mengambil gambar perkahwinan di sini.
Mungkin anda boleh mengagak daripada namanya, kawasan ini terhasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk danau yang bertanah putih dan berair putih kehijauan. Di tebing danau pula akan kelihatan belerang kekuningan serta pohon bakau yang tumbuh dan menjadi penyeri kepada pemandangan. Untuk mengelakkan daripada bau belerang yang kuat, setiap pengunjung perlu mematuhi had masa untuk berada di sini.
Kawah Putih adalah sebuah kawah yang dihasilkan dari letusan Gunung Patuha. |
Warna putih tanah ini disebabkan oleh beberapa unsur yang bercampur dengan belerang. |
Dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang (sila semak waktu semasa). |
Ontang Anting ialah kenderaan umum yang disediakan untuk pelancong dari parkir bawah sampai ke Kawah Putih. |
Kenderaan Ontang Anting kenderaan ulang alik ke Kawah Putih dengan tambang murah. |
Pada asalnya, ia adalah kenderaan minibus yang diubahsuai menjadi kenderaan terbuka dengan kerusi menghadap kehadapan, dihalang oleh besi penghadang sebagai pegangan. |
Banyak gerai menjual makanan di stesen ontang anting. |
Pengalaman Penulis: Dari Tangkuban Parahu, Pak Supir membawa mengunjungi Kawah Putih yang terletak di di jalan Soreang Ciwidey sekitar 50 kilometer selatan kota Bandung. Lokasi Kawah Putih juga tidak jauh dari Situ Patenggang. Kenderaan naik hanya separuh jalan, kemudian saya dan rakan menaiki Ontang Anting ke puncak dengan tambang sebanyak Rp13.000 (sila semak harga semasa).
Bayaran masuk ke Kawah Putih ialah sebanyak Rp50.000 bagi pelancong luar dan Rp15.000 (sila semak harga semasa). Walau bagaimanapun, harga tiket menjadi lebih mahal jika anda mengunjungi tempat ini pada hujung minggu atau cuti umum.
Anda boleh memandu kenderaan sendiri sehingga ke Kawah Putih dan dikenakan bayaran sebanyak Rp.150.000, ditambah tiket masuk seorang Rp15.000 (sila semak harga semasa).
SITU PATENGGANG
Situ Patenggan atau Petengan merupakan kawasan pelancongan yang menawarkan danau alam yang indah. Tempat pelancongan di Bandung ini menawarkan keindahan danau dan hutan yang sangat eksotik dan indah. Terletak kira-kira 47 kilometer dari Kota Bandung, Situ Patenggan terletak di jalan raya Ciwidey-Rancabali, Desa Patengan, Kecamatan Rancabali, Kabupaten Bandung, Jawa Barat.
Udara sedar dan nyaman di Situ Patenggang sesuai bagi pencinta alam. |
Sejarah Situ Patenggang. |
Terdapat pondok disediakan untuk pengunjung berehat. |
Udara segar dan nyaman penuh ketenangan di Situ Patenggang. |
Banyak gerai menjual makanan dan cenderahati. |
Pengalaman Penulis: Saya mencadangkan anda ke sini pada waktu pagi kerana pantulan cahaya matahari dan udara sedar akan membuatkan anda lebih nyaman.Terdapat perahu, dengan tambang Rp15.000 seorang (sila semak harga semasa). Anda boleh mengelilingi melihat keindahan danau.
GRAFIKA CIKOLE
Grafika Cikole - tempat riadah dan pencinta alam. Ia berada di kaki Gunung Tangkuban Parahu dengan ketinggian 1400 meter di atas permukaan laut. Udaranya sejuk, 20 darjah celsius dikelilingi hutan pinus seluas 9 hektar. Di sini ada tiga jenis penginapan dan yang menjadi tarikan pelancong ialah penginapan mirip rumah HOBBIT. Terdapat pelbagai jenis restoran menyajikan masakan sunda, chinese food, dan seafood. Antaranya Restoran sunda, Restoran Sangkuriang, Aula Dayang Sumbi, Pendopo Hutan serta Saung Lesehan. Makanannya semua enak bangett!
Grafika Cikole, tempat riadah bagi pencinta alam. |
Bagi yang berkunjung ke sini boleh buat aktiviti outbond seperti flying fox, paint ball dan pelbagai. |
Rumah hobbit di Grafika Cikole yang menjadi tarikan pelancong. |
Pengalaman Penulis: Setelah turun dari Tangkuban Parahu, Pak Supir membawa kami ke Grafika Cikole. Bayaran masuk sebanyak Rp200.000 seorang (sila semak harga semasa). Grafika Cikole terkenal dengan rumah hobit dan hutan pinus. Suasananya seperti di New Zealand. Suhu agak sejuk 18-20 darjah celsius. Bagi pengunjung yang ada bajet lebih, boleh buat aktiviti outbond seperti flying fox, paint ball dan pelbagai dengan dikenakan bayaran.
FLOATING MARKET
Floating Matket Bandung - tempat pelancong menarik di Lembang. Di sini terdapat pasar di mana penjualnya berada di atas sebuah perahu yang terapung di atas air. Oleh kerana ia tempat pelancongan, yang dijual bukan barangan pasar tetapi makanan lazat khas dari Bandung. Sesuai bagi pencinta makanan. Antara yang popular surabi, tahu gejrot, tempe atau tahu lembang dan sebagainya. Tempat ini dibuka pada Disember 2012, berkonsepkan desa yang damai, menghadap Tangkuban Parahu dari kejauhan.
Floating Market Bandung adalah satu-satunya pasar terapung di Bandung sehingga menarik ramai pengunjung. Namun, pasar terapung ini tidaklah benar-benar terapung di tengah danau. Sebanyak 46 buah perahu berada di tepi danau bagi memudahkan pengunjung membeli apa yang diingini.
Seperti di Bangkok, Bandung juga mempunyai pasar terapungnya sendiri sebagai tarikan. |
Jangan lupa untuk menukar tiket dengan minuman panas apabila sampai ke sini. |
Pasar terapung di Bandung menjual aneka hidangan Indonesia untuk dicuba. |
Walaupun namanua pasar terapung, namun ia tidaklah benar-benar terapung di tengah danau. |
Sebanyak 46 buah perahu berada di tepi danau bagi memudahkan pengunjung membeli apa yang diingini. |
Para pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti lain seperti menaiki bot dan menerokai Taman Jepun yang unik di sini. |
Pelbagai cenderahati batik dan ole-ole Bandung turut dijual di sini sebagai kenangan. |
Pengalaman Penulis: Floating Market terletak di jalan Grand Hotel No 33E, Kecamatan Lembang, Kabupaten Bandung, Jawa Barat Indonesia. Lembang adalah sebuah wilayah atau tempat yang berada di ketinggian pergunungan antara 1312 – 2084 meter di atas permukaan air laut, dengan puncak tertingginya Gunung Tangkuban Perahu dengan suhu rata-rata 17°- 27 °C. Jual beli di Floating Market tidak menggunakan wang sebaliknya kita harus membeli tiket. Jadi, jika hendak membeli makanan atau minuman, hulurkan sahaja tiket tersebut. Oleh itu, tidaklah hairanlah kawasan pelancongan Lembang ini menjadi salah satu lokasi pelancongan terbaik di Bandung yang indah dengan suhu udara yang pastinya sangat sejuk dan menyegarkan.
FARM HOUSE LEMBANG BANDUNG
Bagi anda yang suka forografi, Farm house Lembang adalah tempat terbaik kerana banyak spot menarik di sini. Ia berada di dataran tinggi pergunungan lembang, berpanorama sangat indah, konsep seperti di Eropah dengan cuaca sejuk. Tempat ini baru saja dibuka pada December 2015. Beberapa bangunan di sini dibina kerdil, selain perkampungan hobbit yang menjadi daya tarikan pengunjung. Selain rumah hobbit, di sini kita boleh menemui rumah-rumah tradisional gaya Eropah dan taman-taman yang damai.
Farm house yang mengingatkan anda kepada senibina Tudor dan Eropah Bukit Tinggi di Pahang. Anda juga boleh menyewa pakaian bercirikan Eropah untuk mengambil gambar. Tempat ini sesuai dikunjung seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh setiap peringkat umur. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bermesra dengan haiwan ternak ladang di Petting Zoo dan bergambar di Love Locks. Antara yang cukup terkenal juga adalah Hobitton, iaitu rumah hobbit mini yang dibina daripada inspirasi filem The Hobbit / Lord of The Rings seperti di New Zealand. Keindahan landskap dan suhunya yang nyaman menjadikan ‘feel’ ala Eropah lebih terasa.
Jika di floating market tiket boleh ditukar untuk mendapatkan minuman panas, di sini anda boleh menukarkannya dengan secawan susu segar. Farm House Lembang ini terletak di Jalan Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat.
Farmhouse Lembang berkonsep perkebunan dan peternakan ala Eropah yang popular dengan sebutan Farm House Susu Lembang. |
Design rumah hobbit ini rendah sehingga anda perlu membongkokkan badan anda apabila masuk ke dalamnya. |
KOPI LUWAK CIKOLE LEMBANG
Bagi peminat kopi, anda boleh mencuba kopi eksotik ini. Digelar sebagai kopi musang (luwak), biji kopi ini terhasil daripada biji kopi yang dimakan oleh musang dan dikeluarkan semula melalui najis yang kemudiannya dibersihkan. Sejak kurun ke 19, kopi ini semakin mendapat sambutan dan menjadi salah satu kopi termahal di dunia.
Namun jangan risau, kopi luwak ini di sini telahpun mendapat sijil Halal dan mengikut proses pembersihan yang teliti serta diiktiraf. Mereka juga akan menunjukkan proses pembuatan kopi luwak secara lebih terperinci di sini.
Kopi Luwak Cikole Lembang Bandung terletak di Jln. Nyalindung No.9, Kampung Babakan Desa Cikole Kecamatan Lembang.
Bagi peminat kopi, anda boleh mencuba kopi eksotik ini. Digelar sebagai kopi musang (luwak), biji kopi ini terhasil daripada biji kopi yang dimakan oleh musang dan dikeluarkan semula melalui najis yang kemudiannya dibersihkan. Sejak kurun ke 19, kopi ini semakin mendapat sambutan dan menjadi salah satu kopi termahal di dunia.
Namun jangan risau, kopi luwak ini di sini telahpun mendapat sijil Halal dan mengikut proses pembersihan yang teliti serta diiktiraf. Mereka juga akan menunjukkan proses pembuatan kopi luwak secara lebih terperinci di sini.
Kopi Luwak Cikole Lembang Bandung terletak di Jln. Nyalindung No.9, Kampung Babakan Desa Cikole Kecamatan Lembang.
Kopi Luwak, kopi eksotik yang sangat mahal - Rp50.000 secawan (sila semak harga semasa). |
Biji kopi dari luwak adalah yang termahal di dunia sekitar satu juta rupiah per kilogram. |
Biji kopi dari luwak dijemur sehingga kering. |
Luwak (musang) dipelihara selama 5 tahun, kemudian dilepaskan ke habitat asalnya. |
Pengalaman Penulis: Masuk ke sini adalah percuma. Anda akan diberi informasi tentang bagaimana kopi luwak dihasilkan. Jadi, tidak perlu ragu-ragu apabila hendak minum kopi luwak. Sijil Halal yang dikeluarkan ini sebenarnya khusus untuk kopi luwak yang dihasilkan di sini. Namun, saya bukan penggemar kopi jadi saya rasa kopinya pahittt bangett!!
Memandangkan masuk ke sini adalah percuma, jadi jika anda hendak minum kopi luwak haruslah membelinya. Harga secawan agak mahal Rp50.000 (sila semak harga semasa). Ia antara kopi termahal di dunia. Jika di hotel-hotel, ia dijual dengan harga ratusan ringgit secawan. Kopi luwak mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah low acid. Ia selamat diminum untuk golongan gastrik. Kopi Luwak Cikole wajar untuk anda lawati kerana ia memberi satu pengalaman baru dan informasi yang sangat berguna.
PASAR BARU BANDUNG
Pasar Baru Bandung adalah pasar tertua di kota ini. Syurga wanita ini merupakan tempat membeli belah terkenal jika berkunjung ke Bandung. Apa yang yang menjadi tumpuan di sini ialah kain telekung bersulam, jubah, batik dan beg beraneka jenama. Oleh kerana terlalu ramai yang berkunjung ke sini, jangan terkejut kerana ada penjual yang memberikan harga dalam ringgit, bukannya rupiah.
Contohnya, telekung bersulam yang dijual dalam RM500 ke RM600 boleh dibeli dengan harga RM80 manakala telekung biasa yang dijual sekitar RM60 ke RM80 dijual dalam harga RM20 sahaja. Apa yang menyeronokan, tawar menawar berlaku sehingga kepada harga terendah. Ruang pasar ini agak luas, setinggi lapan tingkat. Jadi, pakailah kasut yang tapaknya rata bersesuaian agar tidak sakit atau cepat lenguh. Pasar Baru dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Pasar Baru Bandung, syurga membeli-belah wanita. |
Pelbagai jenis kasut dan barangan perhiasan wanita dijual dengan harga murah. |
Aneka beg berjenama dengan pelbagai pilihan warna. |
Angkot, kenderaan awam di Bandung dengan tambang murah. |
Oleh kerana pintu angkot sentiasa terbuka, sementara menunggu penumpang lain, akan ada pemuzik jalanan yang masuk ke dalam angkot untuk menyanyi. Jangan terpedaya, jangan terlalu seronok melayan kerana selepas mereka selesai menyanyi mereka memaksa kita memberi sejumlah wang. Jika tidak beri, mereka akan memarahi kita. Jadi, dari awal buat tidak tahu sahaja.
Semasa saya mengunjungi Pasar Baru, hujan turun dengan lebat. Saya didatangi seseorang membawa payung mahu menghulurkan ‘pertolongan’. Saya menyangka dia benar-benar mahu menolong tetapi sebaliknya. Selepas menumpangkan saya payung, dia meminta Rp1000 kepada saya. Jadi, jangan ingat semua itu percuma, harus berhati-hati.
Pasar Baru terlalu banyak penyeluk saku. Pastikan beg sandang anda dialih ke bahagian hadapan badan. Untuk mengira harga, gunakan kalkulator kecil. Jangan gunakan telefon bimbit anda yang canggih kerana anda bakal menarik perhatian penjenayah. Jika saya, tidak membawa beg tangan itu lebih baik. Hanya bawa wang dan pengenalan diri.
Pasar ini juga mempunyai ramai penjaja key-chain, rantai dan barangan cenderamata lain yang bakal mengekori anda untuk menjual barangan mereka. Jika anda tidak berminat, jangan tanya harga. Sekali anda bertanya tetapi tidak membeli, mereka akan mengekori anda sehingga anda menyerah kalah.