1. KEMBARA SERATA MALAYSIA
Sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2014,KEMBARA SERATA MALAYSIA mengajak para pembaca menjelajah segala yang menarik di Malaysia bagi merealisasikan matlamat 28 juta pelancong pada tahun ini. Ketahuilah bahawa masa depan industri pelancongan negara terletak di tangan kita. Malaysia mempunyai banyak tarikan yang tiada tolok bandingnya. Marilah kita terokai dengan mata yang terbuka dan hati yang penuh keterujaan. Segalanya ada di Malaysia!
2. MALAYSIA...DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
'MALAYSIA... DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA' merupakan Tema Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Bagi membangkitkan semangat cintakan negara, buku ini menerangkan secara ringkas informasi menarik latar belakang Malaysia dan sejarah kemerdekaan 57 tahun yang lalu. Kita amat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia yang aman dan damai. Sama-samalah kita mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi ini bukan sahaja kemerdekaan pada nama, tetapi pada hati dan minda. Segalanya menarik tentang Malaysia!
3. SEKERAS KERIKIL HATIMU
Kadangkala, kasih sayang seorang ayah tidak nampak dari zahir. Ada sebab dan hikmah dengan setiap perbuatan dan kelakuannya. Dalam bersedih, ayah lebih banyak memilih untuk berdiam kerana dia tidak pandai untuk menangis. Namun, dia akan melakukan yang terbaik untuk keluarganya. Semangat seorang ayah melebihi segala-galanya. Sayangi ibu bapa kita, tidak kira bagaimana keadaannya.
4. PAHLAWAN PEDANG ALLAH - UMAR AL-KHATTAB
Sayidina Umar al-Khattab sangat digeruni oleh orang Musyrikin. Siapa sangka, beliau yang sangat memusuhi Islam akhirnya memeluk agama Islam. Ternyata berita pengislaman Umar menggemparkan masyarakat Quraisy. Di rumah adiknya, Fatimah menjadi tempat terbukanya jiwa Umar menerima cahaya Ilahi. Ketika menjadi khalifah, beliau begitu kuat mempertahankan hukum Allah SWT.
5. SRIKANDI PILIHAN ALLAH - ASMA ABU BAKAR
Asma Abu Bakar termasuk kumpulan wanita yang pertama memeluk Islam. Nama beliau tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan ayahnya, Abu Bakar as-Siddiq. Melalui peristiwa itu, Asma digelar ‘Pemilik Dua Tali Pingang’. Beliau terkenal sebagai seorang pejuang wanita Islam kerana pengorbanannya, keberaniannya serta kepahlawanannya dalam menyampaikan ajaran Allah SWT.
6. SRIKANDI PILIHAN ALLAH - UMMU SULAIM MILHAN
Ummu Sulaim Milhan adalah wanita terkenal yang sangat unik. Beliau wanita yang Allah muliakan, sangat berani dalam berjihad. Allah SWT telah mengurniakan kepadanya putera yang sangat luar biasa, iaitu Anas bin Malik. Ummu Sulaim Milhan adalah seorang wanita cerdas yang banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Beliau juga gambaran wanita sahabiyah yang mempunyai impak dan peranan besar dalam penyebaran agama Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARYA TAHUN 2019
1. TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH TUN MAHATHIR seorang pemikir dan revolusiner yang tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar...

-
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT Maknanya: Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik. Di sebu...
-
ISLAMIC STORY BOOK Sumayyah Khayyat (Wanita Pertama Mati Syahid) Sumayyah binti Khayyat ialah wanita pertama yang mati syahid, memper...
-
HONG KONG Hong Kong - March 2015 Hong Kong - March 2015 Kwai Tsing Hong Kong terdiri daripada Pulau HK, Kowloon dan New Ter...
-
1. KOLEKSI TELADAN SAHABAT ALAM Koleksi Teladan Sahabat Alam mengisahkan haiwan-haiwan di hutan yang diadaptasikan daripada kisah kehidupan...
-
KOTA BANDUNG Sejuk dan dingin kerana dikelilingi oleh pergunungan. Itulah Kota Bandung. Dahulu kononnya Bandung merupakan danau purba yang ...
-
Nama : Azlina Awang Pendidikan : Methodist English School (1989 - 1999) Universiti Teknologi Mara (UiT...
-
1. MARTABAT BANGSA MELAYU Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia. Kebanyakan adalah penduduk setempat yang telah...
-
1. PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia disediakan bertujuan memberi bimbingan d...
-
KARYA 2018 1. MUHAMMAD ALI - LEGENDA TINJU DUNIA Muhammad Ali merupakan legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat. Beliau dianggap antara...
No comments:
Post a Comment