1. RUKUN NEGARA IDEOLOGI KEBANGSAAN
Ikrar Rukun Negara menjadi pegangan dan garis panduan dalam membina negara dan bangsa berjaya. Namun, adakah kita faham setiap prinsip Rukun Negara ini? Buku RUKUN NEGARA IDEOLOGI KEBANGSAAN menerangkan lebih terperinci maksud setiap lima prinsip Rukun Negara kita. Ia mengajak para pelajar memahami dan menghayati setiap ikrar yang dibaca di majlis majlis rasmi. Buku ini dilengkapi foto berwarna sesuai untuk bacaan umum sebagai menambah pengetahuan.
2. ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K
ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K diperkaya dengan maklumat dan pelbagai ilmu pengetahuan. Mencari ilmu tiada hadnya dan ilmu tidak akan pupus biarpun zaman berlalu beratus tahun. Hanya dengan ilmu masyarakat akan menjadi lebih bertamadun. ENSIKLOPEDIA PERDANA PELAJAR Y2K disusun mengikut abjad dari A hingga Z. Setiap tajuk disusun secara komprehensif, merangkumi pelbagai topik umum yang berkaitan hal-hal di sekeliling sama ada di dalam mahupun luar negara. Setiap halaman dilengkapi fakta dan penerangan terperinci serta gambar foto berwarna yang memukau para pembaca.
3. MENYINGKAP TINGGALAN WARISAN (SIRI 3)
Menyingkap Tinggalan Warisan (Siri III) membongkar sejarah awal pembentukan negeri Tanah Melayu seperti Terengganu, Perlis, Sabah, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan, iaitu Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kita selalu alpa dengan arus pemodenan negara sehingga terlupa untuk berfikir sejauh mana kita menghargai warisan tanah air. Sejarah tanah air kita tidak harus dilupakan atau hilang begitu sahaja. Ia perlu dipelihara dan dihargai sepanjang zaman. Sayangilah bahan-bahan sejarah negara kita!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARYA TAHUN 2019
1. TUN MAHATHIR MELAKAR SEJARAH TUN MAHATHIR seorang pemikir dan revolusiner yang tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar...

-
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT Maknanya: Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik. Di sebu...
-
ISLAMIC STORY BOOK Sumayyah Khayyat (Wanita Pertama Mati Syahid) Sumayyah binti Khayyat ialah wanita pertama yang mati syahid, memper...
-
HONG KONG Hong Kong - March 2015 Hong Kong - March 2015 Kwai Tsing Hong Kong terdiri daripada Pulau HK, Kowloon dan New Ter...
-
1. KOLEKSI TELADAN SAHABAT ALAM Koleksi Teladan Sahabat Alam mengisahkan haiwan-haiwan di hutan yang diadaptasikan daripada kisah kehidupan...
-
KOTA BANDUNG Sejuk dan dingin kerana dikelilingi oleh pergunungan. Itulah Kota Bandung. Dahulu kononnya Bandung merupakan danau purba yang ...
-
Nama : Azlina Awang Pendidikan : Methodist English School (1989 - 1999) Universiti Teknologi Mara (UiT...
-
1. MARTABAT BANGSA MELAYU Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia. Kebanyakan adalah penduduk setempat yang telah...
-
1. PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia disediakan bertujuan memberi bimbingan d...
-
KARYA 2018 1. MUHAMMAD ALI - LEGENDA TINJU DUNIA Muhammad Ali merupakan legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat. Beliau dianggap antara...
No comments:
Post a Comment